Diet plan yang menjadi trend sehingga ke hari ini



Diet plan yang diamalkan oleh sesetengah orang memang banyak bergantung kepada target seseorang individu tersebut sama ada nak kurangkan berat, bina badan, bentukkan badan, tingkatkan stamina dan sebagainya. Kalau saya nak cerita satu-satu perbezaan diet plan yang ada kat dunia ni memang satu update tak akan cukup..panjang berjela jadinya nanti. Tapi saya akan terangkan secara ringkas dan padat supaya anda mudah memahami plan-plan diet yang akan saya bincangkan.

Ini adalah antara plan-plan diet yang saya boleh senaraikan dan mungkin ada banyak lagi selain daripada ni. Anda boleh kongsi pengetahuan anda di ruangan komen di bawah nanti. Antara diet plan yang sering diamalkan oleh kita adalah:

  1. Atkins 
  2. South beach
  3. Paleo
  4. Jenny craig
  5. Raw foods
  6. Vegetarian
  7. Vegan
  8. Pyramid Diet
  9. Portion control
Diet plan yang saya tulis ni tak semua orang boleh amalkan dan bergantung kepada fitness target seseorang tu macam yg saya sebutkan kat atas. Setiap diet plan ni ada kelebihan dan kekurangan dia sendiri. Saya sendiri pun selalu tukar-tukar cara diet ikut kesesuaian. Maknanya saya tak akan kekal kat satu diet sahaja macam Atkins diet. Saya tengok mana yg lebih memberi kesan kepada tubuh badan saya mengikut apa yg saya nak. Tapi ada je sesetengan orang yg amalkan satu diet sepanjang hidup dia macam vegetarian dan vegan sebab mereka sudah terbiasa ataupun alah/tak boleh makan makanan seperti daging dan sebagainya. Kat bawah nanti saya ceritakan sedikit mengenai diet-diet yg ada di atas.

1. Atkins diet
Senang cerita, atkins diet ni adalah cara makan yg mengurangkan carbohidrat dalam setiap sajian ataupun meal harian mereka. Tapi, mereka akan makan makanan yg berprotein tinggi dan jugak fats baik. Jumlah karbohidrat yang di ambil sangat-sangat rendah sehingga 20% dan kebawah dalam sehari. Makanya mereka tak akan makan nasi putih 2-3 kali sehari dan tukarkan seumber karbohidarat kepada sayur-sayuran dan mungkin sedikit nasi perang dan karbohidrat yg dirasakan baik untuk mereka.

Teori atkins diet sebenarnya adalah dengan mengambil carbohidrat yang sangat sedikit setiap hari dan memaksa badan untuk menggunakan fat yg disimpan di bawah kulit sebagai sumber tenaga. Badan kita akan jadi macam 'fat burning machine' apabila melakukan aktiviti harian termasuk beriadah dan bersukan. Dengan mcam sangat baik kan?Mana taknya sape yg tak nak bakar lemak dengan cara yg cepat dan dapat abdomen idaman setiap manusia. Perlu diingatkan, tak semua orang boleh amalkan diet mcam ni dalam tempoh masa yg agak lama dan bergantung kepada tahap metabolisma seseorang.


Bila badan anda membakar lemak untuk menghasilkan tenaga, by product ketone body akan dihasilkan dan ketone inilah yg digunakan untuk menghasilkan tenaga dan proses ini dipanggil ketosis. Ketosis mungkin benda baik bagi sesetengah orang dan tidak bagi yg lain. Ketosis hanya berlaku sekiranya anda mengurangkan jumlah karbohidrat dengan jumlah yg sangat banyak dari biasa untuk menukarkan fat menjadi sumber tenaga. Akan tetapi badan memerlukan 'karbohidrat untuk membakar lemak'. Kalau kandungan karbohidrat tidak mencukupi di dalam badan untuk melakukan proses ini, badan akan mengambil langkah kecemasan dan menyebabkan simtom KETONEMIA, kemunculan ketone body di dalam darah.



Diet plan dengan merendahkan karbohidrat dan kesannya pada badan



Masalah yg berlaku adalah ketone body tidak boleh menghasilkan tenaga semasa exercise dengan efisyen dan sempurna seperti glycogen. Jika badan anda mengalami simptom ketonemia dalam masa yg lama, proses mental anda akan menjadi lemah dan badan anda akan mengalami dihidrasi ataupun kehilangan air yg banyak. Lebih teruk lagi, bila karbohidrat tiada, badan anda akan mula menggunakan amino acid (protein) dengan banyak sebagai tenaga tambahan. Kalau anda tak makan sumber protein yg cukup,anda mungkin akan kehilangan berat otot hasil daripada penguraian protein. Kalau saya nak cerita panjang lagi memang banyak boleh dibincangkan lagi, Yang paling penting, apa sahaja pengurangan yg serius boleh membahayakan kesihatan, sentiasa maintain kat moderate level adalah lebih baik. Nak amalkan diiet ini boleh tapi perlu alert dengan perubahan badan luar dan dalam badan anda. Arnold punya ensiklopedia ada membincangkan lagi banyak pasal ketosis ni.



Apa yang saya bincangkan disini tiada mengena dengan produk yg mempunyai nama sama dengan deit ini. Perkongsian saya cuma untuk ilmu pengetahuan sahaja dan saya tidak mempromosi produk-produk plan diet yg ada dipasaran.


2. South Beach Diet


Teori diet plan ini adalah dengan cara modifikasi/mengubah jumlah karbohidrat yg anda ambil mengikut tempoh masa yg tertentu. Diet ini mengandunig 3 peringkat dengan meningkatkan jumlah pengambilan korbohidrat dalam satu temoh masa dan pada masa yg sama mengurangkan pengambilan protein dan fats. Karbohidrat dan protein yg diambil mestilah dalam kategori baik seperti sayur, buah dan daging tanpa selaput lemak.



Diet ini tak sama dengan atkins diet sebab diet ni tak perlu nak kurangkan karbohidrat secara berterusan malah anda boleh makan nasi dan roti putih seperti biasa mengikut jumlah karbohidrat yg ditetapkan setiap hari. Sebagai contoh dalam fasa 1, anda boleh makan sayur-sayuran, kacang dan keju rendah lemak. Fasa 2, nasi perang dan 100% roti gandum penuh dibenarkan untuk menambahkan lagi jumlah karbohidrat yg diambil. Semasa fasa tersebut anda perlu monitor berat anda samada menurun ataupun tidak. Maknanya dalam diet ini anda perlu lihat jumlah karbohidrat yg diambil pada setiap fasa. Jumlah karbohidrat yg diambil akan meningkat pada setiap fasa dan boleh dikurangkan kembali bergantung kepada berat badan yg anda mahukan.



Plan diet ini sebenarnya nak mengajar anda memilih karbohidrat dan fats yg baik tanpa berlebihan dan maintain paras gula dalam badan pada tahap yg selamat. Sebab itu diet ini dikatakan mempunyai kelebihan pada kardiovaskular dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda sekarang dalam kategori diet yg mana?Kalau masih tak pasti teruskan membaca plan diet yg lain di bawah.



3. Paleo



Diet plan paleo perlu mengambil berat tentang sumber nutrisi yg diambil. Sebagai contoh, sumber protein yg diambil mestilah daripada daging tulen tanpa lemak dan tidak diproses,dada ayam tanpa kulit dan lemak,ikan dan lain2.


Buah-buahan dan sayur-sayuran akan di ambil kerana kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan fitonutrien yang telah terbukti menurunkan kemungkinan berlakunya penyakit termasuk kanser, kencing manis dan kemerosotan neurologi. Sumber buah-buahan yg baik termasuklah maqui berry, anggur, delima, epal dan juga goji berry. 


Lemak yang sihat boleh diperoleh daripada kacang, biji-bijian, minyak zaitun dan minyak ikan. Penyelidikan saintifik dan kajian epidemiologi menunjukkan bahawa diet kaya dengan lemak Omega-secara dramatik mengurangkan kejadian obesiti, kanser, kencing manis dan penyakit jantung.


Lemak tepu telah dikuasai oleh pihak berkuasa kesihatan dan media kita. Berapakah jumlah yg perlu di ambil pada lemak tepu ini? Adakah cadangan semasa bagi pengambilan lemak tepu yg sangat rendah dibenarkan? Berapa banyak lemak tepu (dan apa jenis), jika ada seseorang itu perlu makan? Tanpa perspektif sejarah dan saintifik soalan-soalan ini boleh menjadi hampir mustahil untuk dijawab. Dalam tulisan Prof. Cordain, beliau telah melihat pada jumlah dan jenis lemak tepu yang terdapat dalam makanan nenek moyang kita.



Salah satu penyelewengan besar dari diet nenek moyang kita adalah jumlah dan jenis lemak yang terdapat dalam makanan haiwan bijirin moden  vs jumlah dan jenis lemak yang terdapat dalam makanan dari haiwan liar, ayam dan ikan. Apa yang kita perlu lihat adalah rumput/sumber makanan liar tiada lemak, dan mempunyai jumlah lemak tepu yang rendah, sementara membekalkan sejumlah besar manfaat lemak omega- seperti EPA dan DHA. Dalam tulisan ini Prof. Cordain dan pasukannya juga menganalisis profil asid lemak yang lengkap dari beberapa spesies rusa liar dan rusa. Mesej yang dibawa pulang adalah bahawa haiwan liar adalah jauh lebih sihat daripada haiwan konvensional: Lemak analisis asid tisu ruminan liar: implikasi evolusi untuk mengurangkan pemakanan yang berkaitan dengan penyakit kronik.



Pendek kata, haiwan ruminant berkaki empat dan juga yg haiwan berkaki dua yg makan rumput atau makanan semulajadi adalah lebih baik berbanding  dengan haiwan yg diberi makan makanan yg sudah diproses (konvensional). Ayam sekarang banyak disuntik dengan hormon tumbesaran. Akan tetapi iainya tidak bahaya untuk dimakan, cuma kalau ada cara untuk mendapatkan ayam organik kenapa tidak mahu cuba bukan?



4. Diet plan vegetarian dan vegan

 

Vegetarianisme adalah amalan menahan diri daripada memakan daging - daging merah, ayam, makanan laut dan daging dari haiwan lain; ia juga mungkin termasuk pantang-larang di dalam Islam berkenaan penyembelihan binatang.


Vegetarianisme boleh diguna pakai atas sebab-sebab yang berbeza. Antara diet vegetarian adalah: orang yg mengamalkan diet ovo vegetarian makan telur tetapi bukan produk dari tenusu, diet lacto-vegetarian makan produk tenusu tapi mereka tidak akan makan telur ayam dan sebagainya, dan ovo lacto-vegetarian diet termasuk kedua-dua telur dan produk tenusu. Diet vegetarian tidak termasuk semua produk haiwan, termasuk telur, susu, lilin lebah dan madu. Beberapa vegan juga mengelakkan produk haiwan seperti kulit (dan mungkin sutera) untuk pakaian dan angsa lemak untuk menggilap kasut.

Pelbagai makanan yang dibungkus atau yang diproses, termasuk kek, biskut, gula-gula, coklat, yogurt dan marshmallow, sering mengandungi bahan-bahan haiwan yang tidak dikenali, dan boleh menjadi perhatian khusus untuk vegetarian kerana penambahan mungkin berlaku . Biasanya, banyak produk dikaji semula oleh vegetarian untuk bahan-bahan berasal dari haiwan yang dihasilkan sebelum membeli atau digunakan.



Vegan pula lagi strict cara pemakanan mereka, daging, telur dan produk tenusu mungkin tidak akan dimakan langsung. Ini semua adalah kerana falsafah vegan sendiri yg menidakkan apa sahaja makanan yg berasal daripada haiwan. Buah-buahan seperti berry, delima, anggur dan sayur-sayuran selalunya dipilih sebagai sumber karbohidrat dan fiber. Kekacang seperti kacang hijau, kacang badam dan lain-lain pula di makan sebagai sumber protein.


Buah-buahan mampu menyikirkan toksin didalam badan

Maquir Berry kaya dengan anti-oksidan




 5. Diet plan mana yg saya perlu ikut?



Bergantung kepada anda sendiri nak mencuba diet yg mana. Dan perlu diingatkan anda perlu sentiasa berada pada paras pertengahan dan jangan terlampau berlebihan dan memaksa diri dalam diet. Ini kerana kesihatan anda adalah lebih penting bukan?Semua orang nak cantik dan sihat, tapi tidak semua orang tahu cara yg betul. Saya nasihatkan anda yg baru sahaja nak ubah cara hidup dan pemakanan kepada yg lebih baik dapatkan nasihat dari yg pakar berkenaan dengan apa yg anda mahukan. Untuk diet plan yg lain saya akan bincangkan lagi dalam entry yg seterusnya.


 Terima kasih kerana membaca. Sila Komen dan Share:)

No comments:

Post a Comment