RESEPI: TIPS MEMASAK AYAM YANG SIHAT



Saya selalu ditanya tentang tips dan nasihat mengenai bagaimana nak masak makanan yang sedap dan sihat.

Meal plan for sixpax


Lelaki yang aktif memerlukan makanan untuk badan yang sihat, jika tidak, diet jadi bosan kerana pengalaman pemakanan yang tidak menyelerakan. Makan makanan yang baik tidak bermakna ia mempunyai rasa tak sedap dan memaksa anda untuk memakannya, itulah sebabnya penting untuk belajar teknik berbeza menyediakan makanan anda, supaya anda dapat menikmati diet tanpa mengenepikan bahan-bahan penting dan makan secara konsisten.

Apabila membeli ayam saya sentiasa mencari dada ayam tanpa tulang atau kulit. Mengambil notis mengenai tarikh luput dan memastikan daging yang segar, nampak elok dan tak lebam-lebam. 

Saya cadangkan anda jangan membeli dada ayam beku, kerana mempunyai banyak air yang berlebihan dan kadang-kadang bahan pengawet. Saya cadangkan anda menyediakan ayam 1 hari sebelum. Ini bermakna anda akan mempunyai kuantiti yang cukup untuk memasak di antara 400 dan 1000 gram ayam sekaligus. 

Pastikan anda ada kuali yang besar. Saya menggunakan kuali seramik atau Teflon, ia adalah penting untuk mempunyai kuali yang berkualiti, kerana anda akan menggunakannya pada setiap hari.

Hidupkan api dengan baik dan letakkan kuali di atas. Tunggu selama 1-2 minit untuk kuali untuk menjadi panas dan kemudian letakkan lapisan mentega di atasnya. Saya lebih suka mentega dan minyak zaitun untuk memasak. Minyak kelapa pun boleh. 

Sebaik sahaja anda meletakkan lapisan mentega tunggu lagi 30 saat dan letakkan dada ayam. Sebelum anda letakkan dada ayam di kuali pastikan anda memotong lemak dan buang mana-mana tulang kecil. 

Potong ayam menjadi kepingan besar dan nipis dan taburkan rempah kari di sekelilingnya. Setelah selasai boleh masukkan kedalam kuali.

Masak ayam selama kira-kira 10 minit. Jika anda potong  ayam nipis-nipis ia mungkin mengambil masa yang kurang, tetapi jika anda memasak dada ayam secara keseluruhan tanpa dipotong saya cadangkan anda masak sekurang-kurangnya 15 minit. 

Adalah penting untuk terbalikkan ayam di setiap 2- 3 minit untuk memastikan ayam masak secara rata. Jika anda mempunyai penutup kuali anda boleh tutup kuali pada akhir selama 2-3 minit untuk memerangkap stim di dalam dan mengeluarkan jus-jus ayam. 

Setelah siap, biarkan ayam diluar selama 1-2 minit untuk untuk mengekalkan jus dan aroma apabila anda potong ayam menjadi kepingan. Nikmati hidangan anda dan letakkan ayam yang selebihnya ke dalam kotak plastik untuk waktu makan yang seterusnya.

1 comment: