1. Telur
Sebiji telur dapat membekalkan badan dengan kualiti protein yang terbaik selain whey protein yang mahal tu. Kebanyakan orang membuat kesilapan besar dengan membuang kuning telur dan makan putih telur sahaja, dan ianya salah! Telur kuning mengimbangkan asid amino daripada putih telur dan dengan itu mewujudkan campuran sempurna asid amino untuk pertumbuhan otot yang optimum. Dalam kuning telur memang kaya dengan B-vitamin, terutama vitamin B12. Dalamnya juga mengandungi zink, kalsium dan fosforus dan mineral yang lain dan boleh dikatakan sumber terbaik vitamin lemak larut A, D dan K. Saya sangat menyarankan anda makan kuning telur dan tidak membuang semuanya selepas ini. Paling terbaik adalah untuk setiap dua putih telur makan satu telur kuning.
2. Koko (Dark Chocolate mengandungi sekurang-kurangnya 80% kandungan koko atau lebih tinggi)
Coklat yang mempunyai kandungan tinggi koko memberi banyak manfaat kepada kesihatan, satu daripadanya adalah keberkesanannya untuk mempercepatkan pembakaran lemak. Di samping itu, coklat gelap juga sangat kaya dengan antioksidan yang sihat, termasuk sebatian kuat dipanggil teobromina, yang telah di buktikan boleh membantu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan mempunyai manfaat kesihatan yang lain. Kandungan lemak dalam coklat gelap berkualiti berasal daripada lemak semula jadi yang sihat dalam bentuk mentega koko dan bukan dari mana-mana lemak tambahan lain. Saya sarankan untuk mencari 80-90 peratus koko kalau nak makan coklat, kerana coklat ini dengan jelas dapat meningkatkan kesihatan dan kemampuan untuk menghilangan lemak anda di perut tu. hehe...
3. Zaitun dan Minyak Kelapa
Santan dan minyak adalah sumber lemak tepu yang sihat dipanggil trigliserida rantaian sederhana (MCT), termasuk komponen yang dipanggil asid laurik, yang merupakan nutrisi kuat untuk sistem imunisasi anda. Banyak makanan barat kekurangan sumber daripada ini. Di samping itu, MCT mudah digunakan untuk tenaga oleh badan dan kurang cenderung untuk disimpan sebagai lemak badan berbanding dengan lemak jenis lain. Banyak minyak kelapa dara dijual dipasaran sekarang senang je nak dapatkan. Minyak zaitun adalah sumber yang luar biasa dari segi asid oleik dan mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia adalah salah satu makanan yang paling sihat anda boleh makan setiap hari.
MINYAK KELAPA |
MINYAK ZAITUN |
4. Avokado
Avocado adalah salah satu makanan yang paling sihat kerana avacado ada kandungan-kandungan yang membantu dalam penyembuhan penyakit. Avacado dikatakan mempunyai kesan anti-radang dan amat kaya dengan karotenoid. Penyerapan optimum fitonutrien larut lemak hanya memerlukan jumlah penggunaan yang betul dan kombinasi inilah yang terdapat di dalam avocado. Merendahkan paras gula, pencegahan kanser, pembuangan toksin, mengurangkan keradangan dan menyihatkan kardiovaskular - ini adalah beberapa kesan ketara apabila anda mengamalkan pemakanan buah avocado ini.
5. Walnut dan badam mentah
Kebanyakan kacang mengandungi lemak antara 75-90% dari segi nisbah kalori lemak, ini adalah satu lagi jenis makanan yang mempunyai lemak yang sihat, dan mempunyai tahap mikronutrien yang tinggi seperti vitamin, mineral dan antioksidan.
Kacang juga sumber serat dan protein yang baik. Sudah tentu, anda dapat mengawal gula dalam darah dan yang paling best boleh membantu dalam pembakaran lemak. Bakar je dalam oven badam mentah banyak banyak macam kat gambar bawah ni dan simpan dalam bekas untuk anda makan bila-bila masa.
Badam mentah yang dah di bakar |
Kacang juga membantu untuk mengekalkan tahap hormon pembakaran lemak di dalam badan anda (pengambilan lemak sihat yang mencukupi adalah amat penting untuk keseimbangan hormon) dan juga membantu untuk mengawal selera makan supaya anda tidak terlebih makan, walaupun anda mengambil makanan yang tinggi lemak seperti ini.
Share la kalau korang rasa artikel bagi manfaat kat orang lain=)